Tuesday, February 02, 2010

AF (Akademi Fasilitator) di Bagan Lalang


Thn ni Program Akademi Fasilitator (AF) dijalankan diluar Uniten. Biasanya AF dijalankan didalam Uniten dan memakan mase yg agak lama iaitu 3-6 mggu. Jadi thn ini dibawah Ketua Pengarah Program (KP), Wan Firdaus, AF buat pertama kalinya diadakan diluar uniten. Dulu untuk mendapatkan sijil, perlu menghadiri at least 3 mggu, skg ni perlu pergi selama 3 hari je.. hehe.. kan mudah tuuu.. Ak sebagai board AF mmg berpuas hati apa yg dilalui.. Semua perancangan berjalan dgn lancar sekali.. Namun ade juga kekurangan yg berlaku.. Tapi blh ak katakan program yg plg berjaya penah ak join.. hehe.. Dilaksanakan dalam bahase Inggeris dan monoriti shj bhs Melayu sudah cukup berjaya dalam AF. Trima kasih pada Tasya(K.Biro Program) kerana menjalankan tugas yg diamanahkan dengan penuh tanggungjawab.. ak nk tolong conduct peserta pun payah, phm2 je la BI ak mcm mana, skit2 tu blh la.. wakakakaka.. Pertama sekali ak ucapkan t.ksih pada peserta yg sanggunp mengorbankan sedikit cuti semester anda untuk hadir ke program ni.. Sape2 exco wwsn yg tak pegi mmg rugi la.. hehe.. Thanks juga pada alumni yg sanggup dtg, walaupun ade yg sampai pd lewat malam.. Thanks kat korang..






















































LI dan Resume


Assalamualaikum kwn2.. Dah jemu ak cari kat internet pasal tempat internship. Haih, dilema jgk. Padahal baru cari tempat internship je bknnya nak cari keje lagi.. hehe.. Ak terjumpa satu artikel tentang temuduga terbuka yang menarik kat internet mase ak cari tempat internship tu.. Jadi ak post kat sini.. Sesiapa yg berminat bolehlah apply.. Semoga Berjaya..

TEMUDUGA TERBUKA!!!

SEMUA AKAN DIKEHENDAKI HADIR TANPA SEBARANG PENGECUALIAN
KEKOSONGAN JAWATAN:
A. Ahli Syurga Dari Awal.
B. Ahli Neraka Dari Awal.
C. Ahli Neraka Sementara Kemudian Akan Dilantik Jadi Ahli Syurga.

EMPAT GANJARAN LUMAYAN (khas untuk jawatan A):
1. Nikmat kubur.
2. Perlindungan di Padang Mahsyar.
3. Keselamatan Meniti Titian Sirat.
4. Syurga yang kekal abadi.

TARIKH TEMUDUGA:
Bila-bila masa secara adhoc bermula dari saat membaca iklan ini.

LOKASI TEMUDUGA:
Di dalam kubur (alam barzakh).

KELAYAKAN:
Anda tidak perlu bawa siji-sijil,termasuk sijil saham termasuk saham Internet.
Anda tidak perlu bawa pingat , Mercedes mata belalang atau kad kredit.
Anda tidak perlu bawa wang atau harta serta emas yang anda kumpul.
Anda tidak perlu berparas rupa yg cantik, hensem atau berbadan tegap atau seksi.
Sila bawa dokumen asal iaitu : Iman dan Amal serta sedekah jariah sebagai sokongan.

PANEL/PENEMUDUGA:
Mungkar dan Nakir.

ENAM SOALAN BOCOR:
1. Siapa Tuhan anda?
2. Apa Agama anda?
3. Siapa Nabi anda?
4. Apa Kitab anda?
5. Di mana Kiblat anda?
6. Siapa Saudara anda?

CARA MEMOHON:

Anda cuma perlu menunggu penjemput yang berkaliber untuk menjemput anda. Ia akan menjemput anda pada bila-bila masa saja (mungkin sekejap lagi). Ia akan berlembut kepada orang-orang tertentu dan akan bengis kepada orang-orang tertentu.

Ia diberi nama Izrail.

TIPS UNTUK BERJAYA DALAM TEMUDUGA TERTUTUP INI:
Hadis Hasan yang diriwayatkan oleh Ahmad Hanbal, yang bermaksud begini:
Sila war-warkan tawaran jawatan kosong ini kepada semua sahabat.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...