Monday, April 20, 2009

Tingginya Gaji CEO TNB




















Kadang-kala aku terpikir, mengapa dunia ini tidak adil. Mungkin korang juga penah terpikir. Ok macam ni, ramai orang kaya yang kaya dengan sesuatu dari alam semulajadi. Ini bermakna, dia boleh kaya sampai tahap melampau dengan apa yang Allah kurniakan untuk kemudahan umatNya bersama. Mereka kaya melalui gula, minyak & macam-macam lagi khazanah tersedia. Ya, minyak yang 100% sedia ada hasil kekuasaan Allah SWT.

Kita tak perlu pergi jauh.Lihat sahaja di Malaysia. Tak perlu untuk aku pertikaikan berapakah gaji Perdana Menteri Malaysia. Kita lihat sahaja satu contoh, CEO TNB, Datuk Seri Che Khalid Mohamad Nor. Berapa gaji dia?? Pendapatan tahunan lebih RM1,000,000.00 (satu juta ringgit) dengan mengusahakan elektrik di bumi Malaysia. Jesteru, kalau anda semua nk kira pendapatan sebulan, kiralah sendiri. Gambar di bawah cukup membuktikan. Kalau malas nak difikirkan, marilah sama-sama kita menganggap, itu memang rezeki diorang. Patutlah yuran UNITEN makin lama makin tinggi. Pening palo kawe..

Sunday, April 19, 2009

Kita Sebenarnya Lebih..............

Tak tahu masalah apa, tiba-tiba rasa nk tulis benda ni.. dunia sekarang semakin maju.. jadi fikirkanlah, kita orang Melayu, beragama islam..

-Kita sebenarnya… Lebih gembira menyambut 1hb Januari daripada 1 Muharram.
-Kita sebenarnya… Lebih tahu apa itu 14hb Februari daripada 12 Rabiulawal.
-Kita sebenarnya… Lebih membesarkan hari Sabtu, Ahad daripada hari Jumaat.

-Kita sebenarnya… Lebih Khusyuk mendengar lagu daripada mendengar Azan.
-Kita sebenarnya… Lebih suka lepak, tidur, tengok TV daripada Sembahyang.
-Kita sebenarnya… Lebih tahu tentang artis pujaan kita daripada nama nabi-nabi kita.

-Kita sebenarnya… Lebih suka menyebut Hello! Hai! daripada Assalamualaikum.

-Kita sebenarnya… Lebih suka menyanyi daripada berwirid, bertahmid.

-Kita sebenarnya… Lebih suka memuji manusia daripada Tuhan (Allah) kita sendiri.

-Kita sebenarnya… Lebih suka membaca majalah hiburan daripada buku-buku agama.

-Kita sebenarnya… Lebih suka pergi konsert, karaoke daripada ceramah agama.

-Kita sebenarnya… Lebih suka mengumpat orang daripada mengingati kebaikan orang.

-Kita sebenarnya… Lebih suka mencarut apabila melatah daripada menyebut nama Allah.

-Kita sebenarnya… Lebih suka kemungkaran daripada berbuat kebaikkan.

-Kita sebenarnya… Lebih bangga dgn kejahilan daripada bersyukur dengan keimanan.

-Kita sebenarnya… Lebih suka bersekongkol dengan pemeritah yang melakukan kezaliman daripada pemerintah yang baik.

-Kita sebenarnya… Lebih cintakan Duniawi daripada urusan Akhirat.

Sunday, April 12, 2009

KANTOI

Sekian lama tidak menulis blog, jadi miggu ni ak rasa mcm nk update blog plak.. Klau citer pasal movie2 mmg korang sume pakar la.. ckp je citer apa, bkn stkt boleh ingt sinopsis citer tu, malah siap bole tiru gaya pelakon lagi.. ak tau la korang ni, kalau tgk movie mmg no.1.. pantang dengar movie baru nk keluar kat panggung, confirm dah pikir bila mase yg paling sesuai nk p tgk.. lebih2 lagi bagi yang couple, huh tiap2 mggu kluar p panggung, padahal citer yg ditayang xbest pun..haha.. xp korang sebenarnya xprasan yg korng asyik ditipu atau lebih tepat diilusikan.. haha.. mmg korang xperasan pun sebab sangt khusyuk tgk movie tu.. ak pun mcm korang la jgk.. Jesteru, ak sertakan antara gambar2 yang korang xprasan..















































Thursday, April 02, 2009

Terperangkap Di Dalam Gua

Pada zaman dulu, 3 orang pemuda dalam satu perjalanan berehat di dalam sebuah gua untuk berteduh dari hujan lebat. Tiba-tiba pintu gua tertutup oleh satu batu yang besar. Mereka cuba menolak batu itu tetapi tidak berjaya.

Mereka berusaha pelbagai cara untuk keluar tapi kesemuanya gagal. Akhirnya tiada jalan lain kecuali bermohon dan mengadu kepada Allah. Mereka tahu hanya Allah yang dapat melepaskan mereka. Keputusan diambil supaya tiap-tiap orang mengadu atau bertawassul dengan amal kebajikan yang mereka buat.

Pemuda pertama berdoa: "Ya Allah, saya pernah berbuat amal soleh terhadap kedua ibubapa saya. Suatu hari saya balik dari kerja dan berasa tersangat lapar. Saya sangka ibu saya sudah masak nasi tapi rupanya belum kerana kehabisan beras. Saya terus keluar untuk beli beras. Apabila pulang, saya lihat ibu saya tertidur. Saya tidak berani mengejutkannya walaupun saya tersangat lapar sehinggalah dia tersedar sendiri. Ya Allah, jika ini merupakan amal kebajikan yang ikhlas terhadap ibuku dan mendapat keredhaanMu, tolonglah kami untuk keluar dari sini."

Tiba-tiba pintu itu terbuka sedikit dengan kurnia Allah, namun mereka masih belum boleh keluar.

Giliran pemuda kedua berdoa: "Ya Allah, saya juga mempunyai amal soleh. Saya mempunyai gedung perusahaan dan mempunyai ramai pekerja. Setiap pekerja dibayar gaji tepat pada waktunya. Pada satu ketika seorang pekerja tidak datang mengambil gaji bulanannya sehingga beberapa bulan. Wang gajinya saya gunakan untuk membeli barang-barang perniagaan sehingga saya untung 10 kali ganda wang asalnya. Beberapa bulan kemudian, pekerja itu datang kembali lalu saya serahkan kesemua hartanya termasuk keuntungan yang saya niagakan. Ya Allah, sekiranya ini merupakan amal yang mendapat keredhaanMu, tolonglah kami dalam kesusahan ini!"

Sebaik saja habis merayu, tiba-tiba pintu itu bergerak sedikit tetapi masih belum boleh keluar.

Akhirnya sampai giliran pemuda ketiga: "Ya Allah, aku sebenarnya tidak mempunyai suatu amalan yang dianggap penting. Sepanjang ingatanku, hanya sekali aku berbuat baik kerana malu kepada Engkau ya Allah. Aku ditugaskan membahagi-bahagikan makanan kepada orang-orang miskin. Semasa bekerja aku terlihat seorang gadis cantik yang juga meminta bahagiannya. Setelah semua orang pulang, aku pun memanggil gadis itu dan menyatakan niat jahatku kepadanya. Gadis itu menangis seraya berkata dia rela mati kelaparan daripada melakukan dosa perbuatan terkutuk itu. Aku menjadi serba salah dan datang penyesalan yang tidak terhingga. Aku malu dan insaf atas kesalahanku. Ya Allah, sekiranya penyesalan dan taubat ini Kau terima, tolonglah kami dari kesusahan ini."

Tiba-tiba pintu gua itu terbuka luas dan mereka pun keluar dengan selamat.

Moral & Iktibar
1)Allah memberikan bantuan kepada mereka yang benar-benar berdoa dengan penuh keikhlasan kepadaNya.
2)Dalam kesempitan, kita dibolehkan bertawassul dengan amal kebajikan yang kita lakukan.
3)Bertawassul juga merupakan salah satu ciri dalam Ahlus Sunnah Wal Jamaah
4)Dalam melaksanakan sesuatu pekerjaan eloklah bermuafakat terlebih dahulu sebab muafakat itu membawa berkat
5)Berbakti kepada ibubapa adalah satu amalan soleh
6)Berlaku jujur dalam perniagaan juga amalan soleh
7)Mengelak dari melakukan perzinaan adalah amalan soleh

EXAM

uniten salah satu dari universiti pelik yg penah ak jumpa. dah la cti sem pun lain dari cti ipt yg ada di malaysia. gap untuk paper final exam pun dekat2 je.. jadi ak nk citer pasal exam ni. sem ni ak hidup memang sempoi.. habis kelas je ak biasa p lepak kat amanah, kat rumah seth, ayet, daus dan nik faiz.. kadang2 sampai tertido kat rumah diorang.. hahaha.. biasala tu, letih kan.. ak rasa daus pun mcm ak "hidup biar rilek".. ak p rmh diorang mesti tgk daus tgh tido.. jadi, daus menjadi pemangkin kepada ak untuk tido di rumahnya.. apelah nasib.. ayet n nik faiz mmg star la.. mesti xde kt dalam bilik sebab p stdy.. ak pun taktau diorang ni p stdy kt mana. yang ak tau, ayet mengalami masalah penyakit misteri.. lepas last paper final tu, penyakit dia terus je muncul.. muncul dgn tiba2.. tapi dia buat selamba je..ak sorang je tau penykit tu..ak pun xtau penyakit apa tu..

Hari berganti hari, maka sampai saja stdy week.. mmg time yang paling sibuk skli dalam hidup ak.. kena antar report projek emd, projek emf, project numec, assigment islamic.. disamping itu juga kena present emd, emf dan numec.. mmg busy.. nk siapkan design project numec kena p rumah sewa azwan alwee plak.. dengan berkat dari setiap ahli, kumpulan kami berjaya mendapat tempat ke-2.. BEST DESINGN PROJECT.. tapi hampeh, video presentation mmg celaka la.. kalau nk tgk blh melayari laman web ni.. KLIK SINI... berbaloi la dgn xtido siang malam bt project tu.. haha..project2 yg lain sume hampeh.. tambah2 lagi EMF..

stdy week mmg ak xstdy pun.. mmg sume member rumah sewa ak xstdy, haha.. tapi ada la star sorang dlm rmh sewa kami, xstdy pun confirm dapat dean list tiap2 sem.. ak pun heran.. dia pakai ilmu apa pun ak xtau.. sem ni mmg busy sbb siapkan project.. ak tau mmg budak2 amik EE n EP mmg truk giler sem ni.. jadi mggu exam pun tiba.. berbekalkan ilmu yang serba kekurangan ni, ak hanya tawwakkal je la.. first paper, paper MASB.. senang je.. tapi yang ak heran, Syafiq Saleem mmg cekap btl dalam MASB ni.. mase peruntukan utk jawab dalam 3jam.. mamat ni jawab kejap je dalam 1 jam 30 minit je.. huh, mmg power.. nk bt macam mana, malam tu dia buat assigmnet numec sampai pagi.. xtido pun.. esok ptt la kluar awal dari dewan exam tu, rupenya dah tumbang dalam dewan exam.. kahkahkah.. paper2 yang lain ok la.. yang ak mmg marah, paper EMD n EMF dalam satu hari.. pagi emd, ptg plak emf.. truk2.. mlm sblm exam tu mmg stdy giler2 ar.. kat ruang tamu rmh sewa kitaorng mmg berselerak dgn buku2 n kertas2.. Epul LC, Luqman Lagenda convert, Wajir TZM n Alip Savvy mmg bersemangat tul.. Klau rase boring stdy tu men bola sepak kjp dalam rmh tu.. Dash plak hilang entah ke mana.. Bulu p ke library mlm tu.. pagi esoknya paper emd, huh blh tahan jgk solan tu.. yg ak xleh bla, mase jawab final paper emf.. huh, mmg lega la.. mase utk jawab pun 3 jam.. ak rilek je dalam dewam MPH tu.. bukan rilex sebab solan nk jawab tu senang sangat, rilex sebab xtau nk jwb.. haha.. lepas menggeliat, mengelamun, selama sejam setgh, ak p tandas.. lps masuk dewam MPH tu, Syafiq saleem dah kuar dewan.. hahaha.. mmg power.. ak xtau dia blh jwb ke x.. hahaha.. ok sekian..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...