Sunday, April 19, 2009

Kita Sebenarnya Lebih..............

Tak tahu masalah apa, tiba-tiba rasa nk tulis benda ni.. dunia sekarang semakin maju.. jadi fikirkanlah, kita orang Melayu, beragama islam..

-Kita sebenarnya… Lebih gembira menyambut 1hb Januari daripada 1 Muharram.
-Kita sebenarnya… Lebih tahu apa itu 14hb Februari daripada 12 Rabiulawal.
-Kita sebenarnya… Lebih membesarkan hari Sabtu, Ahad daripada hari Jumaat.

-Kita sebenarnya… Lebih Khusyuk mendengar lagu daripada mendengar Azan.
-Kita sebenarnya… Lebih suka lepak, tidur, tengok TV daripada Sembahyang.
-Kita sebenarnya… Lebih tahu tentang artis pujaan kita daripada nama nabi-nabi kita.

-Kita sebenarnya… Lebih suka menyebut Hello! Hai! daripada Assalamualaikum.

-Kita sebenarnya… Lebih suka menyanyi daripada berwirid, bertahmid.

-Kita sebenarnya… Lebih suka memuji manusia daripada Tuhan (Allah) kita sendiri.

-Kita sebenarnya… Lebih suka membaca majalah hiburan daripada buku-buku agama.

-Kita sebenarnya… Lebih suka pergi konsert, karaoke daripada ceramah agama.

-Kita sebenarnya… Lebih suka mengumpat orang daripada mengingati kebaikan orang.

-Kita sebenarnya… Lebih suka mencarut apabila melatah daripada menyebut nama Allah.

-Kita sebenarnya… Lebih suka kemungkaran daripada berbuat kebaikkan.

-Kita sebenarnya… Lebih bangga dgn kejahilan daripada bersyukur dengan keimanan.

-Kita sebenarnya… Lebih suka bersekongkol dengan pemeritah yang melakukan kezaliman daripada pemerintah yang baik.

-Kita sebenarnya… Lebih cintakan Duniawi daripada urusan Akhirat.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...