Sepelas 15 minit ayah ak pun sampai dengan memakai kain pelikat dan baju pagoda (stail org tua) , menunggang moto Honda Cab c70.. Jadik, sampai jgk ak kat kampung tercinta. Mmg dah lama gilerr ak xbalik kampung. Lepas solat subuh terus tido.. hehe.. Duduk di kampung seminggu mcm satu hari je.. nampak sangat kurang kepuasan diri.. tapi mmg best tul.. walaupun kejap, ak tetap menghayatinya dengan mendalam. Ak suka kampung ak.. blh tgk org kampung membajak sawah.. best wooo..
Hari pertama lepas asar kuar dengan mmber p makan tepi pantai Irama kat bandar Bachok. Sedap tu,. makan ikan celup tepung, sotong celup tepung, fish ball, keropok lekor n air kelapa.. Angin sepoi2 je tepi pantai, bapak best gilerr.. Tiap2 petang, mmg ak xde kat rmh. lps balik dari makan tepi pantai, terus p padang skolah berdekatan rmh ak. Main bola tampar n bola keranjang. haha.. Tgh hari biasanya kena teduhkan kambing kat belakang rmh. Panas katakan. Kambing pun panas la jgk.
Semua tempat ak p, termasuklah Kota Bharu bandar Islam. Ak beruntung dilahirkan di kelantan sbb ramai orang Melayu jika nk dibandingkan dengan KL. Orang2 cina dan india juga terpaksa akur dgn org melayu kat sini, jadi mereka terpaksa bercakap dalam loghat kelantan.. hehe.. Saje je round2 KB, ak agak berbangga kerana tulisan Jawi dimartabatkan dan diwajibkan di setiap papan tanda di bandar ini.
pehey,aku rindu nk blik klate.huhuhuhuhu
ReplyDelete