Sebut je anjing, ak rase geram je, mesti ak maki2 anjing. Tapi kalau ak tgk anjing, ak rasa fobia. Tegak bulu roma ak, bukan bulu ketiak eh.. Ak pun xtau kenapa. Sebenarnya ade kisah disebalik semua itu. Kejadian ini berlaku lebih kurang setahun yang lalu. Malam tu, pukul 2 pagi ,ak dan fakri helmi terasa sangat lapar. Lalu kami bercadang hendak ke KFC Kajang. Mase tu McD PKNS belum buka lagi. Selepas makan kira2 jam 3.00 pagi, kami bertolak pulang.. Sampai simpang jln nk naik higways (dekat dgn Perantau tu) anjing liar berkeliaran d atas jalan raya. Salah seekor dari anjing itu menerkam moto(mase ni moto ak still cover set warna merah) kami. Ak terkejut lalu mengangkat kaki higga ke handle moto, emi yg dudk belakang ak pun buat aksi yg sama iaitu mengangkat kaki. Tapi Emi mengangkat kaki terlalu tinggi sehingga hp, dompet, dan kunci rmh beserta kunci kete terjatuh dari poket seluarnya. Mmg malang. Benda2 itu bertaburan di atas jalan raya yg dipenuhi anjing liar. Emi memaksa ak untuk mengambil barang2 yg jatuh itu. Ak menolak, sbb kalau patah balik mmg cari masalah. Emi memaksa ak lagi untuk ambil barangnya. Mmg terdesak time tu, manakan tidak, semua barang diatas jalan raya. Ak memberanikan diri, bawa moto slow2 disamping mata memerhati kearah anjing yg sedang berada di tepi jalan.
Sikit lagi nk capai barang tu,anjing terus mengejar, dgn pants emi menyambar dompet dan kunci rmh beserta kunci kereta. Disamping itu, ak memecut moto 125z, anjing itu menerkam kearah tayar hadapan moto, naseb bek sempat mengelak. Mmg sial mlm tu. Skg ni hp sahaja yg xsempat ambil.. Ak cuba kali ni untuk ambil hp, lebih kurang 5 meter dari hp, anjing2 terus mengejar.. CIS.. Ak memecut lagi, sempat mengelak. Jdi, ak terpaksa blik rmh. Di rumah sewa, ak dgn emi skali lagi pergi ke kajang untuk ambil hp dengan menaiki kete plak. hehe.. kali ni senang, terus dapat hp tu.. Sejak kejadian tu, ak jadi fobia dgn anjing.. Manakan tidak, 3 kali diterkam anjing liar.. Mmg cuak.. Itulah ksahnya.. sekian.
Dari kiri: Mijie, Ak, Emi Setiu
pehal ada gmbr aku time foundation ni? kurus siot... hahahah..
ReplyDeletewahaha mude mudi gmba korang
ReplyDelete