Tuesday, December 08, 2009

Dah Xde Rezeki Aku


Huh, dah lama xtulis mende ni.. hehe.. hari ni rase nak tulis plak.. Ni ak nk citer ak kena saman. Mlm tu boring giler duk rmh. Tgh layan Dota satu round luq ajak p tgk wayang kat Alamanda. Katanya geng2 sarah,iqa, anin, farhana n hajar ade skali. Ape lagi, ak follow je. Nk p dengan motor luq dah terlalu uzur la katakan, terpaksa la nek moto ak. hehe.. Pkl 8.50pm still layan dota kat rmh, luq ckp citer kat wayang start pkl 9.00pm.. ape lagi, nek moto pecut je la.. Sepanjang perjalanan traffiq light merah sume ak pecut je,lantak la merah pun asalkan cepat sampai. start dari kg abu bakar baginda lagi ak langgar lampu merah.. hehe.. nasebku mmg baik time tu.. pkl 9.05pm dah ade kat alamanda.. hehe laju x.. dah hbs tgk citer nk blik la plak, sblm balik diorang nk lepak2 kat brother plak. Ape lagi, ak pun guna la taktik mcm ak dtg tadi.. Mase ak langgar lampu merah kat satu traffiq light tu, ak "terperasan" ade kete polis kat sblh junction satu lagi.. Mase tu luq kat blkg ak xperasan kot.. Ak pun pecut moto dgn laju , luq duk blkg pun heran asal ak bwk laju.. Sial, polis tu bwk kete waja campro.. laju giller..Ak bwk dgn laju, meter moto dah cecah 130km/hr, polis masih mengejar ak dan luq. Ak ikut jalan blkg, sikit lagi nk sampai traffiq light nk masuk kg abu bakar baginda tu, polis tu sempat memotong moto ak.. Polis sempat potong moto ak sbbnya ak perlahankan moto ak mase lalu satu jln kat presint diplomat, kat situ kan ade mcm boggol bata kat traffiq light tu.. Lepas dia potong moto ak si polis tu kuat dari kete tny ak, ko buat salah pe tadi? ak jwb ak xtahu.. haha.. dia pun tny luq, luq pun ckp xtahu gak.. tetiba si polis tu naik angin, "ha, berlakon lagi!!!" dia ckp.. haha.. Luq yg kena marah.. hoho.. tak pasal2 ak kena saman RM200 mlm tu.. hampeh tul, mmg xde rezeki ak kot.. Di sini ak nk beri nasihat kpd sesiapa di luar sana terutama kepada pemandu, berhati-hatilah anda di jalanraya.. hehe

Thursday, December 03, 2009

9 Jenis Syaitan





















Syaitan2 kurang ajar ini mengganggu hidup harian yang mungkin selama ini kita tidak sedar hasutan mereka. Sampaikan kepada sekalian muslimin/muslimat yang lain semoga menjadi pedoman hidup hingga ke akhir hayat ,Insya'Allah. Umar al-Khattab r. a berkata, terdapat 9 jenis anak syaitan...

1. Zalituun
Duduk di pasar/kedai supaya manusia hilang sifat jimat cermat. Menggoda supaya manusia berbelanja lebih dan membeli barang-barang yang tidak perlu.

2. Wathiin
Pergi kepada orang yang mendapat musibah supaya bersangka buruk terhadap Allah.

3. A'awan
Menghasut sultan/raja/pemerintah supaya tidak mendekati rakyat. Seronok dengan kedudukan/kekayaan hingga terabai kebajikan rakyat dan tidak mahu mendengar nasihat para ulama.

4. Haffaf
Berkawan baik dengan kaki botol. Suka menghampiri orang yang berada di tempat-tempat maksiat (cth : disko, kelab mlm & tempat yg ada minuman keras).

5. Murrah
Merosakkan dan melalaikan ahli dan orang yg sukakan muzik sehingga lupa kepada Allah. Mereka ini tenggelam dalam keseronokan dan glamour.

6. Masuud

Duduk di bibir mulut manusia supaya melahirkan fitnah, gosip, umpatan dan apa sahaja penyakit yg mula dari kata-kata mulut.

7. Daasim (BERILAH SALAM SEBELUM MASUK KE RUMAH...)
Duduk di pintu rumah kita. Jika tidak memberi salam ketika masuk ke rumah,Daasim akan bertindak agar berlaku keruntuhan rumahtangga suami isteri bercerai-berai, suami bertindak ganas, memukul isteri, isteri hilang pertimbangan menuntut cerai, anak-anak didera dan pelbagai bentuk kemusnahan rumah tangga lagi.

8. Walahaan
Menimbulkan rasa was-was dalam diri manusia khususnya ketika berwuduk dan solat dan menjejaskan ibadat-ibadat kita yg lain.

9. Lakhuus
Merupakan sahabat orang Majusi yang menyembah api/matahari.

Dan yang akhir-akhir ni yang paling teruk!
YANG BOLEH KITA NAMPAK DENGAN MATA KASAR KITA SENDIRI!"

Tahukah Anda?

PISANG
Pisang adalah sejenis buah yang enak dan disukai ramai. Al-quran menyatakan bahawa pisang adalah termasuk di antara buah buahan yang dinikmati oleh ahli syurga. al-Quran menamakannya {Tolhin Mamdud} Yang bermakna pohon yang memiliki buah yang tersusun. Pohon pisang hidup dalam negara yang beriklim khatulistiwa khususnya negara negara Amerika tengah yang mendapat jolokan “Republik Pisang”

Para ulamak mengatakan bahawa pisang adalah pohon buahan yang pertama muncul di permukaan bumi. Apa yang menakjubkan ialah pohon pisang ini dikatakan berasal daripada hutan negara kita yang dicintai iaitu Malaysia.

Firaun Mesir juga turut memaklumi tentang pisang dan ini tercatat di dalam sejarah yang menceritakan tentang Perang Iskandar agung di India pada tahun 327 sebelum Masehi. Pisang merupakan buah yang istimewa dan mampu memberi tenaga kepada badan. Mengandungi kaborhidrat dan garam semulajadi seperti potassium yang boleh membantu mengurangkan
kesakitan dan ketegangan otot.

Dengan itu ahli sukan sering menjadikan pisang sebagai makanan berkhasiat kerana menyedari kelebihan kelebihan ini. Kera juga menggemari pisang tetapi pengkaji sains mendedahkan bahawa kera menggemari pisang bukan di dorong oleh khasiat dan rasa pisang tersebut tetapi kerana tertarik dengan warnanya. Ini berdasarkan realiti bahawa kera mampu memakan bunga-bunga yang berwarna kuning dengan lazat sekali meskipun rasanya tidak enak.

Wallahu'alam

Buka Sem La Plak

Huh, sejak akhir2 ni nk update blog pun rase mls.. hehe.. Sblm ape2 bek ak tulis jgk blog ni, daripada kosong je.. hehe.. Apepun, slmt kembali berkuliah kepada stdent2 uniten x kira bangi or muadzam. New Sem New Spirit.. hehe..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...