Sunday, January 08, 2012

Real Madrid Malaysia



Assalamualaikum sahabat.. Kelate oh Kelate.. "REAL MADRID MALAYSIA"
Itulah perkataan pertama yang aku ungkapkan selepas Kelantan tewas kepada Negeri Sembilan dalam perlawanan merebut Piala Sumbangsih yang diadakan di Stadium Nasional Bukit Jalil 7/1/2012. 
Harapan menggunung presiden KAFA untuk mendapatkan 4 piala musim ini hanya tinggal harapan sahaja. Ini bermakna satu piala telah terlepas kerana kelantan gagal mempertahankan kejuaraan tahun lalu dalam merebut piala sumbangsih. Tetapi kelantan masih berpeluang merebut 3 piala lagi. 

Jurulatih kelantan, Peter Butler  mengakui kelibat penyerang import Negeri Sembilan, Jean Emmanuel Effa Owona menjadi antara faktor kekalahan pasukannya, 1-2. Katanya, dia lihat kekuatan fizikal dimiliki pemain import dari Cameroon itu banyak mengucar-kacirkan benteng pertahanan Kelantan. “Barisan pertahanan kami terlalu kecil untuk mengawal pemain kuat seperti Effa,” katanya selepas tamat perlawanan di Stadium Nasional Bukit Jalil, malam semalam.Bagi ak, kalau kalah sesuatu pasukan mesti ada alasan yang 'sangat munasabah'.

Persoalannya sekarang ini, apakah punca kekalahan itu?? Adakah jurulatih xpandai susun strategi @ formasi, adakah kehadiran pemain import dan pemain baru menyebabkan ketidakserasian dalam pasukan. Adakah penyudah yang kurang berkesan atau ketiadaan perancang yang berwibawa??. Hanya pemain dan orang kuat KAFA sahaja yang tahu. Tepuk dada tanya selera. Kami peyokong setia di sekitar lembah kelang sangat kecewa dengan kekalahan ini. Bersama3 member seangkatan iaitu Judin dan Aliff mengharapkan kemenangan yang dicapai, tetapi sebaliknya. Pasukan yang boleh dikatakan dibarisi oleh pemain yang diaggap bintang dalam arena liga malaysia tetapi dikejutkan oleh pemain yang kurang ternama. Kemana perginya pemain yang menjulang Piala Liga Super seprti Nurul Azwan Roya dan S. Chanturu yang diaggap sebagai pemain yang berbisa di sayap kanan dan kiri sehingga digelar Kelantan Ekspress.

Ini menunjukkan bahawa star players bukan menjamin kemenangan sesebuah pasukan. Ini dibuktikan oleh gergasi sepanyol, Real Madrid. Mempunyai pemain2 yang hebat di serata dunia, tetapi jarang sekali menjulang Piala Juara-Juara Eropah. Mungkin rezeki tidak menyebelahi pasukan kelantan dalam perlawanan pertama ini. Ini sepatutnya memberi pengajaran yang berguna kepada pemain dan jurulatih khususnya dan pegawai kafa amnya. Walaupun kalah, tapi kita sebagai penyokong seharusnya memberikan sokongan pada pasukan kita. Sekian.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...