Tuesday, December 08, 2009

Dah Xde Rezeki Aku


Huh, dah lama xtulis mende ni.. hehe.. hari ni rase nak tulis plak.. Ni ak nk citer ak kena saman. Mlm tu boring giler duk rmh. Tgh layan Dota satu round luq ajak p tgk wayang kat Alamanda. Katanya geng2 sarah,iqa, anin, farhana n hajar ade skali. Ape lagi, ak follow je. Nk p dengan motor luq dah terlalu uzur la katakan, terpaksa la nek moto ak. hehe.. Pkl 8.50pm still layan dota kat rmh, luq ckp citer kat wayang start pkl 9.00pm.. ape lagi, nek moto pecut je la.. Sepanjang perjalanan traffiq light merah sume ak pecut je,lantak la merah pun asalkan cepat sampai. start dari kg abu bakar baginda lagi ak langgar lampu merah.. hehe.. nasebku mmg baik time tu.. pkl 9.05pm dah ade kat alamanda.. hehe laju x.. dah hbs tgk citer nk blik la plak, sblm balik diorang nk lepak2 kat brother plak. Ape lagi, ak pun guna la taktik mcm ak dtg tadi.. Mase ak langgar lampu merah kat satu traffiq light tu, ak "terperasan" ade kete polis kat sblh junction satu lagi.. Mase tu luq kat blkg ak xperasan kot.. Ak pun pecut moto dgn laju , luq duk blkg pun heran asal ak bwk laju.. Sial, polis tu bwk kete waja campro.. laju giller..Ak bwk dgn laju, meter moto dah cecah 130km/hr, polis masih mengejar ak dan luq. Ak ikut jalan blkg, sikit lagi nk sampai traffiq light nk masuk kg abu bakar baginda tu, polis tu sempat memotong moto ak.. Polis sempat potong moto ak sbbnya ak perlahankan moto ak mase lalu satu jln kat presint diplomat, kat situ kan ade mcm boggol bata kat traffiq light tu.. Lepas dia potong moto ak si polis tu kuat dari kete tny ak, ko buat salah pe tadi? ak jwb ak xtahu.. haha.. dia pun tny luq, luq pun ckp xtahu gak.. tetiba si polis tu naik angin, "ha, berlakon lagi!!!" dia ckp.. haha.. Luq yg kena marah.. hoho.. tak pasal2 ak kena saman RM200 mlm tu.. hampeh tul, mmg xde rezeki ak kot.. Di sini ak nk beri nasihat kpd sesiapa di luar sana terutama kepada pemandu, berhati-hatilah anda di jalanraya.. hehe

Thursday, December 03, 2009

9 Jenis Syaitan





















Syaitan2 kurang ajar ini mengganggu hidup harian yang mungkin selama ini kita tidak sedar hasutan mereka. Sampaikan kepada sekalian muslimin/muslimat yang lain semoga menjadi pedoman hidup hingga ke akhir hayat ,Insya'Allah. Umar al-Khattab r. a berkata, terdapat 9 jenis anak syaitan...

1. Zalituun
Duduk di pasar/kedai supaya manusia hilang sifat jimat cermat. Menggoda supaya manusia berbelanja lebih dan membeli barang-barang yang tidak perlu.

2. Wathiin
Pergi kepada orang yang mendapat musibah supaya bersangka buruk terhadap Allah.

3. A'awan
Menghasut sultan/raja/pemerintah supaya tidak mendekati rakyat. Seronok dengan kedudukan/kekayaan hingga terabai kebajikan rakyat dan tidak mahu mendengar nasihat para ulama.

4. Haffaf
Berkawan baik dengan kaki botol. Suka menghampiri orang yang berada di tempat-tempat maksiat (cth : disko, kelab mlm & tempat yg ada minuman keras).

5. Murrah
Merosakkan dan melalaikan ahli dan orang yg sukakan muzik sehingga lupa kepada Allah. Mereka ini tenggelam dalam keseronokan dan glamour.

6. Masuud

Duduk di bibir mulut manusia supaya melahirkan fitnah, gosip, umpatan dan apa sahaja penyakit yg mula dari kata-kata mulut.

7. Daasim (BERILAH SALAM SEBELUM MASUK KE RUMAH...)
Duduk di pintu rumah kita. Jika tidak memberi salam ketika masuk ke rumah,Daasim akan bertindak agar berlaku keruntuhan rumahtangga suami isteri bercerai-berai, suami bertindak ganas, memukul isteri, isteri hilang pertimbangan menuntut cerai, anak-anak didera dan pelbagai bentuk kemusnahan rumah tangga lagi.

8. Walahaan
Menimbulkan rasa was-was dalam diri manusia khususnya ketika berwuduk dan solat dan menjejaskan ibadat-ibadat kita yg lain.

9. Lakhuus
Merupakan sahabat orang Majusi yang menyembah api/matahari.

Dan yang akhir-akhir ni yang paling teruk!
YANG BOLEH KITA NAMPAK DENGAN MATA KASAR KITA SENDIRI!"

Tahukah Anda?

PISANG
Pisang adalah sejenis buah yang enak dan disukai ramai. Al-quran menyatakan bahawa pisang adalah termasuk di antara buah buahan yang dinikmati oleh ahli syurga. al-Quran menamakannya {Tolhin Mamdud} Yang bermakna pohon yang memiliki buah yang tersusun. Pohon pisang hidup dalam negara yang beriklim khatulistiwa khususnya negara negara Amerika tengah yang mendapat jolokan “Republik Pisang”

Para ulamak mengatakan bahawa pisang adalah pohon buahan yang pertama muncul di permukaan bumi. Apa yang menakjubkan ialah pohon pisang ini dikatakan berasal daripada hutan negara kita yang dicintai iaitu Malaysia.

Firaun Mesir juga turut memaklumi tentang pisang dan ini tercatat di dalam sejarah yang menceritakan tentang Perang Iskandar agung di India pada tahun 327 sebelum Masehi. Pisang merupakan buah yang istimewa dan mampu memberi tenaga kepada badan. Mengandungi kaborhidrat dan garam semulajadi seperti potassium yang boleh membantu mengurangkan
kesakitan dan ketegangan otot.

Dengan itu ahli sukan sering menjadikan pisang sebagai makanan berkhasiat kerana menyedari kelebihan kelebihan ini. Kera juga menggemari pisang tetapi pengkaji sains mendedahkan bahawa kera menggemari pisang bukan di dorong oleh khasiat dan rasa pisang tersebut tetapi kerana tertarik dengan warnanya. Ini berdasarkan realiti bahawa kera mampu memakan bunga-bunga yang berwarna kuning dengan lazat sekali meskipun rasanya tidak enak.

Wallahu'alam

Buka Sem La Plak

Huh, sejak akhir2 ni nk update blog pun rase mls.. hehe.. Sblm ape2 bek ak tulis jgk blog ni, daripada kosong je.. hehe.. Apepun, slmt kembali berkuliah kepada stdent2 uniten x kira bangi or muadzam. New Sem New Spirit.. hehe..

Monday, November 09, 2009

Selamat Bercuti

HUH, lame sungguh ak x update blog.. sory la ek, study punya pasal.. Sebelum tu ak ucapkan semoga berjaya dalam final exam.. haha.. Dan selamat bercuti kepada sesiapa yg telah hbs final exam tu.. Ak pun xsabar nk kltn ni, nk men air bah katakan.. hoho..

Thursday, September 17, 2009

SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDILFITRI

Sebelum tu ak nk ucapkan selamat hari raya kepada semua yg mengenali diriku. Kepada sesiapa yang drive mase blik kampung, ak harap sangat jangan drive laju2. Biar lambat asalkan selamat. Sebelum balik tu, chek dulu kereta anda dalam keadaan baik, chek angin tayar, chek air, dan chek segala2 yg perlu dichek... huhu..

Sunday, September 13, 2009

Berbuka kat Rmh plak

Huh, miggu lepas ak blik Bachok. hehe, sory baru post sbb busy skg ni. Ptg jumaat tu ak pikir, sempat x nak nek ktm p hentian putra. Ptg tu ade meeting tech com, tny zubir, zubir cakap x sempat. Jadi ak ambil keputusan nek ktm sblm berbuka.. Terpaksa luq antar p ktm serdang. Pkl 9.00 mlm nek bus kat putra. Ak mmg cuak kalau nek bus, lebih2 lagi kalau bus behenti kat Merapoh. Bukan apa, ak ade sejarah kena tinggal dgn bus.

Pkl 5.20 pagi, sampai pekan Jelawat. Bus plak meneruskan perjalan ke bandar Bachok. Ade 4 org penumpang termasuk ak turun kat pekan kg ak tu. Ak sorang je lelaki, 3 lagi pompuan. Xsempat nk tny, sbb ayah dia dah tunggu kat pekan tu. Dgn lampu jalan yg malap, cuaca sejuk pagi2, , ak sorang2 je kat pekan tu. Hampeh tul. Beginilah naseb ank lelaki kampung yg menuntut ilmu d kotaraya. Padahal dah pesan kat ayah ak srh ambil pkl 5.15 pagi. Terpaksa menghabiskan kredit pagi2 buta ni. Rupenya, diorang tgh sahur.. Pkl 5.30 ayah ak sampai, biasa nek moto honda Cab c70, ari ni nek kete datsun plak.. hoho..

Bapak best berbuka kat rmh, hari first mak ak buat sup tulang, ayam percik, sayur kobis, ikan keli bakar. Minum plak air tebu n jagung, gila ah.. ni dah gila kuasa. Tak abes lagi, lepas terawih makan ayam golek putar tu. Murah je kat kelantan, dalam rm 12-16 je.. huhu.

Mlm esoknya, berbuka kat rmh makcik ak plak. Best gak.. hoho.. Jadi berat badan ak pun makin nek la.. hahahahaha.. Mak ak masak mmg best.. Yg paling menyelerakan hari ketiga ak kat rmh. Banyak giler lauk, ak makan skit je, sbb mlm tu ak nek bus nak p kajang. Bukan pe, takot sakit perut dalam bus la beb. haha.. naik bus plak kat PC. hoho.. Tapi mmg menyelerakan kalau berbuka kat rmh bersama parents. hoho.. Sekian.

Sunday, August 23, 2009

Lelaki Menghilang?


















Peliknya kan. Tapi apekan daya.. Bukan lelaki xpandai sebenarnya, tapi ramai lelaki xnk msuk universiti je. Tu je.. Kalau kita tinjau di IPTS macam Universiti Tenaga Nasional ni, ramai plak pelajar lelaki.. anda setuju? Tapi di IPTA keadaan sebaliknya.. Pelik.. nnti ak kaji benda ni..

Duhai Wanita

Sampaikanlah kpd para wanita...

1. Seorang wanita solehah adalah lebih baik daripada 70 orang wali.

2. Seorang wanita solehah adalah lebih baik daripada 70 lelaki soleh.

3. Seorang wanita yang jahat adalah lebih buruk daripada 1,000 lelaki yang jahat.

4. 2 rakaat solat dari wanita yang hamil adalah lebih baik daripada 80 rakaat solat wanita yang tidak hamil.

5. Wanita yang memberi minum susu kepada anaknya daripada badannya (susu badan) akan dapat satu pahala daripada tiap-tiap titik susu yang diberikannya.

6. Wanita yang melayan dengan baik suami yang pulang ke rumah di dalam keadaan letih akan mendapat pahala jihad.

7. Wanita yang habiskan malamnya dengan tidur yang tidak selesa kerana menjaga anaknya yang sakit akan mendapat pahala seperti membebaskan 20 orang hamba.

8. Wanita yang melihat suaminya dengan kasih sayang dan suami yang melihat isterinya dengan kasih sayang akan dipandang Allah dengan penuh rahmat.

9. Wanita yang menyebabkan suaminya keluar dan berjuang ke jalan Allah dan kemudian menjaga adab rumahtangganya akan masuk syurga 500 tahun lebih awal daripada suaminya, akan menjadi ketua 70,000 maalaikat dan bidadari dan wanita itu akan dimandikan di dalam syurga, dan menunggu suaminya dengan menunggang kuda yang dibuat daripada yakut.

10. Wanita yang tidak cukup tidur pada malam hari kerana menjaga anak yang sakit akan diampunkan oleh Allah akan seluruh dosanya dan bila dia hiburkan hati anaknya Allah memberi 12 tahun pahala ibadat.

11. Wanita yang memerah susu binatang dengan "bismillah" akan didoakan oleh binatang itu dengan doa keberkatan.

12. Wanita yang menguli tepung gandum dengan bismillah", Allah akan berkatkan rezekinya.

13. Wanita yang menyapu lantai dengan berzikir akan mendapat pahala seperti meyapu lantai di baitullah.

14. Wanita yang menjaga solat, puasa dan taat pada suami, Allah akan mengizinkannya untuk memasuki syurga dari mana-mana pintu yang dia suka.

15. Wanita yang hamil akan dapat pahala berpuasa pada siang hari.

16. Wanita yang hamil akan dapat pahala beribadat pada malam hari.

17. Wanita yang bersalin akan mendapat pahala 70 tahun solat dan puasa dan setiap kesakitan pada satu uratnya Allah mengurniakan satu pahala haji.

18. Sekiranya wanita mati dalam masa 40 hari selepas bersalin, dia akan dikira sebagai mati syahid.

19. Jika wanita melayan suami tanpa khianat akan mendapat pahala 12 tahun solat.

20. Jika wanita menyusui anaknya sampai cukup tempoh (2 1/2 tahun), maka maalaikat-maalaikat di langit akan khabarkan berita bahawa syurga wajib baginya.

21. Jika wanita memberi susu badannya kepada anaknya yang menangis, Allah akan memberi pahala satu tahun solat dan puasa.

22. Jika wanita memicit suami tanpa disuruh akan mendapat pahala 7 tola emas dan jika wanita memicit suami bila disuruh akan mendapat pahala tola perak.

23. Wanita yang meninggal dunia dengan keredhaan suaminya akan memasuki syurga.

24. Jika suami mengajarkan isterinya satu masalah akan mendapat pahala 80 tahun ibadat.
Pandangan : Amatlah mudah bagi seorang wanita untuk menjejak Syurga.Namun begitu mengapa terlalu ramai yang masih hidup dalam kejahilan?Jadi fikir-fikirkanlah kaum Wanita zaman Moden..


Selamat Berpuasa

Merujuk kpd tajuk diatas. Ak nk ucapkan slmt menyambut Ramadhan al-Mubarak kepada semua yang beragama Islam. Puasalah anda sebelum anda dipuasakan.

Sunday, August 02, 2009

Helmetku Dikebas Orang


Mase sem lepas, pesan kat Azwan Alwee suruh beli helmet MS88 Limited Edition. Xsampai satu sem ak pakai dah kena kebas. Mase tu p Warta pada pkl 3 petang kat Bangi. Lepas beli-belah, buka seat moto, tak perasan plak helmet dah xde. Geram tul, ingt nk kebas je helmet sebelah moto ak. Tapi imam di dada menghalang ak berbuat perkara yg jahat. Dah la hari tu hari jumaat. Selamat tuan punya helmet sblh moto ak. Nak tak nak, terpaksa call hakim sbb rmh dia plg dekat dgn warta. Hakim plak mase tu duk masjid uniten, terpaksa call Adli. Naseb bek Adli ada.. Selamat jgk akhirnya. Jadi ak nk pesan, kepada pembawa2 moto, jagalah helmet anda dgn sebaiknya.. hehe..

Saturday, August 01, 2009

Aku mmg fobia dgn Anjing

Sebut je anjing, ak rase geram je, mesti ak maki2 anjing. Tapi kalau ak tgk anjing, ak rasa fobia. Tegak bulu roma ak, bukan bulu ketiak eh.. Ak pun xtau kenapa. Sebenarnya ade kisah disebalik semua itu. Kejadian ini berlaku lebih kurang setahun yang lalu. Malam tu, pukul 2 pagi ,ak dan fakri helmi terasa sangat lapar. Lalu kami bercadang hendak ke KFC Kajang. Mase tu McD PKNS belum buka lagi. Selepas makan kira2 jam 3.00 pagi, kami bertolak pulang.. Sampai simpang jln nk naik higways (dekat dgn Perantau tu) anjing liar berkeliaran d atas jalan raya. Salah seekor dari anjing itu menerkam moto(mase ni moto ak still cover set warna merah) kami. Ak terkejut lalu mengangkat kaki higga ke handle moto, emi yg dudk belakang ak pun buat aksi yg sama iaitu mengangkat kaki. Tapi Emi mengangkat kaki terlalu tinggi sehingga hp, dompet, dan kunci rmh beserta kunci kete terjatuh dari poket seluarnya. Mmg malang. Benda2 itu bertaburan di atas jalan raya yg dipenuhi anjing liar. Emi memaksa ak untuk mengambil barang2 yg jatuh itu. Ak menolak, sbb kalau patah balik mmg cari masalah. Emi memaksa ak lagi untuk ambil barangnya. Mmg terdesak time tu, manakan tidak, semua barang diatas jalan raya. Ak memberanikan diri, bawa moto slow2 disamping mata memerhati kearah anjing yg sedang berada di tepi jalan.

Sikit lagi nk capai barang tu,anjing terus mengejar, dgn pants emi menyambar dompet dan kunci rmh beserta kunci kereta. Disamping itu, ak memecut moto 125z, anjing itu menerkam kearah tayar hadapan moto, naseb bek sempat mengelak. Mmg sial mlm tu. Skg ni hp sahaja yg xsempat ambil.. Ak cuba kali ni untuk ambil hp, lebih kurang 5 meter dari hp, anjing2 terus mengejar.. CIS.. Ak memecut lagi, sempat mengelak. Jdi, ak terpaksa blik rmh. Di rumah sewa, ak dgn emi skali lagi pergi ke kajang untuk ambil hp dengan menaiki kete plak. hehe.. kali ni senang, terus dapat hp tu.. Sejak kejadian tu, ak jadi fobia dgn anjing.. Manakan tidak, 3 kali diterkam anjing liar.. Mmg cuak.. Itulah ksahnya.. sekian.



















Dari kiri: Mijie, Ak, Emi Setiu

Jadi fasi la plak.

Dulu, ak mmg benci nak jadi faci. Dari form 1-5 ak tak pegang jawatan2 dalam skolah ak walaupun guru2 memaksa ak untuk jadi pengawas dan sebagainya. Guru2 ak tau, ak seorang yg bijak dan salah seorang pelajar cemerlang. Tapi ak tolak jawatan2 tersebut sbb ak xminat, xsuka glamour, akan dicop sebagai seorang pelajar yg skema dan ak ingin hidup seperti pelajar2 biasa sahaja.

2-3 tahun lepas masuk UNiten, foundation mekanikal engineering. Mase foundation member2 ak ajk masuk AF2 kalau xsilap. Mase tu Abg Pian KP kot, ak pun lupa. Ape barang jadi faci, skema nak mampus. Mijie, Faiz aka Gamu, Izzat Nawi dan Humairah xhenti-henti pujuk ak srh masuk AF2.. Masa tu ak mmg kurang berminat nak jadi fasi. Sebenarnya ade sbb ak tak aktif time foundation.. kalau nak tau, tny la ak face to face.. hehe.. Ak pun xtau knp sejak akir2 ni minat plak jadi fasi. Hmm.. Mase interview pun pakaian ak tak formal pun. Hoho.. Naseb badan.

Best gak jadi fasi ni.. tgh makan pun ade ank buah tegur, "abang Pehe, makan sorang ke". dah tau ak makan sorang, datang la duduk skali.. hehe.. Dah lama orientasi jun, dah basi pun.. apepun ak nk letak jgk gmbr mase orintasi tu.. lantak la korang nk ckp apepun..


menunggu VIP.
Nyamuk pun ada.












Dari kiri : Yasmin, Pehe, Duwe, Mijie.














Dgn Kak Jah, handle budak2.












Bgus2, mengikut arahan.













Saleem..











with Marwan from Syria.





















Induksi time.
Sakit KAKIku.












Sunday, July 19, 2009

SUDUT PENGETAHUAN

Salam.. Lame xbuka blog ak ni. Ni ak post sudut pengetahuan untuk korang sume baca.
Selamat membaca.


1. Kondominium tidak ada kena mengena dengan kondom. Tetapi di kondominium kita boleh dapat banyak kondom
terpakai.

2. Aurat dan urat adalah dua benda yang berbeza. Namun begitu, apabila melihat perempuan yang mendedahkan aurat, urat lelaki akan krem di sesetengah kawasan.

3. Kuih tat enak di makan. Tapi apabila kita makan lapan keping kuih tat, kita mungikin dituduh mencarut. Kalau tak percaya,cuba kira satu tat, dua tat, tiga tat, sampai lapan.

4. Laksamana adalah jawatan besar di dalam kesultanan Melayu Melaka. Laksa kedah pula adalah contoh jawapan kalau orang tanya kita laksa mana ni?

5. Barbeque adalah makanan yang enak. Namun begitu babi queue haram dimakan oleh orang Islam.

6. Sesetangah orang memanggil cili sebagai cabai. Tapi kalau mulut nak kena cabai, cuba la cakap cibai kat depan orang tua-tua.

7. Membuat tahu sumbat sungguh meletihkan. Lebih letih lagi kalau orang lain hanya tahu nak sumbat je tahu sumbat dalam mulut.

8. Si Bosia dan Bojan dipandang hina oleh masyarakat. Namun begitu si Boroi yang makan duit rakyat mendapat sanjungan.

9. Bermain bola keranjang memang meletihkan. Bermain di ranjang juga boleh meletihkan.

10. Allahyarham P.Ramlee tak pernah dapat Lesen P sebab baru diperkenalkan. Penyanyi pop yeh yeh L.Ramli mungkin pernah dapat lesen L. Tapi Allahyarham A.Ramlie tak pernah dapat lesen A sebab tak ada.

11.Ramai orang lelaki takut kalau-kalau mati pucuk, tapi tak takut kalau-kalau mati esok.


Thursday, July 09, 2009

Semester Baru, Semangat Baru Dan Azam Baru

Huh, pejam celik pejam celik dah year 3 ak ni. Aduss, cepat bebenor mase berlalu. Tapi x kesah la. Semester ni ak mmg nk stdy btl2. Dua semester lepas ak men2 je, stdy last minit, tu pun nasib baik semua subjek lulus. Ak saje2 je buat2 malas semester lepas. Bak kata pepatah yg ak bikin sendiri "Hidup biar lepak, result biar gempak". Satu lagi, kepada kawan2 ak samada d uniten, ukm, upm, uitm dan universiti yg lain, ak ucapkan gud luck and stdy smart k. Cayok!!!

Sunday, July 05, 2009

Cuti Seminggu pun Jadik La..

Selepas special semester, ak rase lega sbb dapat jgk cti.. hehehe.. cuti seminggu pun jadi la.. hehe.. dalam mase seminggu cuti, segala keje ak buat.. malam tu bertolak dari KL ke Bachok. Ak mmg menghadapi masalah untuk balik ke kelantan sbb bas ke Bachok hanya akan bertolak dari Shah Alam dan Hentian Putra shj. Ak terpaksa mmbeli tiket di hentian Kajang dan terpaksa naik di Hentian Putra di KL. Kalau pikir, xkan ak nk naik bas kat Shah Alam. Bodoh ke apa nk p Shah Alam.. haha.. Pukul 5.15am(Khamis), ak turun di pekan Jelawat, bas plak akan meneruskan perjalanan ke Bandar Bachok. Ak ingat ayah ak dah menanti ketibaan ak.. hampeh, xde ape2 pun.. Naseb baik ada 3 orang penumpang turun kat pekan Jelawat tu. Berteman jgk ak pagi tu. Kalau x terpaksa ak tunggu sorang2 kat pekan Jelawat tu, jarak antara lampu jalan dengan lampu jalan pun agak jauh. Oleh itu, mmg bergelap la skit. Terpaksa ak call ayah ak dengan pantas sbb pagi tu mmg suhu sangat sejuk (padahal takut)..

Sepelas 15 minit ayah ak pun sampai dengan memakai kain pelikat dan baju pagoda (stail org tua) , menunggang moto Honda Cab c70.. Jadik, sampai jgk ak kat kampung tercinta. Mmg dah lama gilerr ak xbalik kampung. Lepas solat subuh terus tido.. hehe.. Duduk di kampung seminggu mcm satu hari je.. nampak sangat kurang kepuasan diri.. tapi mmg best tul.. walaupun kejap, ak tetap menghayatinya dengan mendalam. Ak suka kampung ak.. blh tgk org kampung membajak sawah.. best wooo..
Hari pertama lepas asar kuar dengan mmber p makan tepi pantai Irama kat bandar Bachok. Sedap tu,. makan ikan celup tepung, sotong celup tepung, fish ball, keropok lekor n air kelapa.. Angin sepoi2 je tepi pantai, bapak best gilerr.. Tiap2 petang, mmg ak xde kat rmh. lps balik dari makan tepi pantai, terus p padang skolah berdekatan rmh ak. Main bola tampar n bola keranjang. haha.. Tgh hari biasanya kena teduhkan kambing kat belakang rmh. Panas katakan. Kambing pun panas la jgk.




















Semua tempat ak p, termasuklah Kota Bharu bandar Islam. Ak beruntung dilahirkan di kelantan sbb ramai orang Melayu jika nk dibandingkan dengan KL. Orang2 cina dan india juga terpaksa akur dgn org melayu kat sini, jadi mereka terpaksa bercakap dalam loghat kelantan.. hehe.. Saje je round2 KB, ak agak berbangga kerana tulisan Jawi dimartabatkan dan diwajibkan di setiap papan tanda di bandar ini.











Tuesday, May 19, 2009

MAKNA PEPSI

Hari ni sangat panas.. Ak nk tido pun xleh.. Haaaa, tahukah anda apakah makna tersirat PEPSI??

Pay Every Pound Save Israel



Jesteru itu, belilah air carbonat buatan Malaysia..

Sunday, May 17, 2009

Hari Pertama Kerja Dah Buat Hal
























Hehehe.. selepas lama menyepi..
Hari ni ak nk citer pasal hari pertama p kerja part time tu.. lepas buat thumb print, kena amik name tag kat pak cik security tu, pak security tu pun pelik, dia bagi ak nama Arik. Sbb ak ni part time pihak pengurusan xbuat name tag baru, terpaksa la ak guna name tag yang sedia ada. Nak dijadikan citer, mase ak nk blik kena anta name tag tu, cari punya cari name tag dah hilang.. adehh.. Pak cik security tu tgk semacam je kat ak.. Ak rasa pak cik security dah beranggapan buruk ke atas diri ak yang jujur dan ikhlas ni. hehe.. Hari pertama keje dah kena jaga kat outside function.. Aduss, letih giler, kaki ak ni rase nk tercabut je.

Babak 1: bila jumpa bos.
Bos : Apa nama ko?
Ak : Farhan bos.
Bos : Ko nk tipu ak ke ni. Name tag tu tulis Arik.
Ak : Mana saya tau bos, pak cik security bagi name tag ni kat saya.
Bos : Lain kali mintak nama melayu la, nak suruh ak ajar satu2 ke. Bodoh.

Babak 2: tugas pertama
Bos : oit, ko p ikut abg wan n cari 8 "oblong" n 5 "ibm".
ak : Oblong n ibm tu apa bos?
Bos : Oblong tu meja besar, Ibm tu meja kecil bahlul.
Cis, mana la ak tau bahasa hotel ni. Len la kalau ak dah keje 1 bulan kat sini. Nasib2.

Babak 3 : Mase ade function
Senior : Lps quest minum amik terus cawan2 yang kotor tu.
Ak : Ok bro. No hal, serahkan pada yang pakar.
Senior : Cepat la amik tu, bersepah je. Ko kena dera kat skolah ke, lambat giler amik cawan.
Ak : Ok2.
Senior : Amik 'Eur' skali letak atas troli ni.
Ak : Hmmm, eur tu apa?
Senior : Bekas letak air coffee n teh tarik.
Geram btl ak, ade ke patut dia panggil ak budak skolah..

T_T hohoho..

Monday, May 11, 2009

Kursus Rekreasi Kenegaraan (KRK)

Sory ak nk cakap sbb baru update psl krk. Ak sebenarnya baru jumpa gambar2 krk ni. Krk kali ni lain dari yang lain yang penah ak p. At least, kita semua blh mengambil pelbagai ilmu tentang nasib orang melayu. hehe.. Backup program.. semua program yang kelab wawasan anjurkan adalah first class program.. yang latest skali adalah kem satu. Ak xdapat pegi sbb ada masalah tertentu. Disini ak nk hurai skit tentang krk, mmg best apabila kuar jumpa orng kg hehe.. Kump ktorang adalah Kump 4, Leadernya adalah ak, tapi ak xmainkan peranan pun.. hahaha.. tugas kami adalah untuk mendapatkan maklumat dari penduduk kg serta mengkaji kampung tersebut berkaitan dgn ekonomi, politik, pekerjaan, statistik umur dan lain2. Kami bahagikan kump kami kpd 4 group yg kecil bagi memudahkan perjalanan proses mencari maklumat dari rmh ke rmh..

Terdiri daripada 12 orng pengikut yg setia termasuk srng leader yg tidak bertanggungjawab iaitu Ak, Wakdol n Azi ( G1) :Nurul, Ikhwan aka kuler, Umar (G2) :Nik Faiz, Raja, Nur (G3) : Tasha, Nan, Mumu, Azwan (G4). yang ak pelik, mase ak jumpa sorang warga emas tu dia ckap umur dia 141 thn. hoho.. ak pun xpercaya, kalau nk tau lbh lanjut blh refer pada azi dan wakdol. Banyak karenah yg lucu nk p rmh org kg ni, org kg bajet kami sume ni mcm jual ubat je.. Jumpa je terus kunci rmh.. haha.. ade la satu citer, di suatu rmh :
Wakdol :Assalamualaikum.. ( senyap je)
Azi : Assalamualaikum.. ( senyap jgk)
Farhan : Assalamualaikum, pak cik, mak cik yang kami cintai.. ( senyap jgk). Jom bla, dah 3 kali salam. (tetiba....)
Adik kecik:............ ( buka pintu tapi senyap, xkata apa2 pun)
Azi : Adik comel, mak ade kat rmh x??
Adik kecik : Makkk!!! ( berlari ke dapur)
5 minit kemudiann.., nak tau ape adik tu ckp..
Adik kecik : Mak ckp, mak xde kat rmh..
hahahahahaha, ak gelak giler hari tu. Ak pun bla je lah, mls nk soal byk2 solan dgn adik tu..
Lps tu kami mkan tgh hari n tido d surau yang suda buruk. Nik Faiz cakap tido kat surau mmg best, ak rase biasa je. padahal kat surau tu bantal pun xde.. Ak baru tahu Nik Faiz mempunyai taste yg berlainan. Slps tido, kami meneruskan perjalanan. Sampai satu rmh tu, mmg dipenuhi binatang ternakan sprti angsa, ayam, ayam belanda, kucing, burung, tikus dah bermacam. ayam belanda tu asyik nk kejar Azi je. kesian minah ni, cuak semacam je. hahaha. Fasi kami adalah PAk Tuah, mmg sporting giler. hehe.. Semoga apa yng kita dapat boleh dijadikan iktibar pada mase hadapan.
Kanan skali: Nurul makan dengan khusuk skali.

















Bersama Abg Tuah yang sporting.

















ayam belanda yang mengejar kitaorang, terutama Azi.

Friday, May 01, 2009

SPECIAL SEMESTER DAN KERJA PART-TIME

Semalam ak mimpi sangat ngeri. Aku pun xtau kenapa jadi mcm tu. maybe xbasuh kaki sebelum tido. Dulu susah jgk nk terlelap, skrg ni kejap je ak terlelap. Mengadap laptop kejap, lepas tu terus terlelap depan laptop. Nak buat mcm mana, ak sekarang amik special semester sambil tu kerja part time kat hotel. Penat kot.. haha.. special semester ni aku amik 2 subjek je. Nasib ak mmg malang sebab dua2 kelas ak tu skali dengan Wakdol. Selain itu, kelas POM pun sama, satu kelas dengan Zubir Volvo Lama plak, iaitu seorang tua yang cekal menuntut ilmu. Aku rasa amik special semester ni macam xde input pun. Masuk bilik kuliah Principle Of Managment(POM) ak cari port yang sesuai pastu borak2 sampai habis masa. 2 jam masa berlalu begitu sahaja. Aduss.. Masa kelas Economic Enginering (ECON) ok sikit dari POM. Kelas Econ pada waktu malam, jadi stamina ak mmg kuat pada waktu mlm sbb petang tadi dah tido dalam 4 jam.

Sedar tak sedar dah nak test 1 pada 8hb5 ni. Member ak yang stdy kat uitm baru nk cuti 3 bulan. Student2 universiti sedang menikmati cuti dengan cemerlang, ak pula sedang belajar kat uniten ni dgn 'cemerlang' jgk. Sambil2 tu ak keje part time kat hotel. Aku ni nak kata kaya x kaya, nak kata miskin xmiskin, sederhana la. Ak keje bukan apa, mls nk mintak dgn mak n ayah ak, asyik mintak duit je. kesian jgk kat mak n ayah ak tu.. Jadi baik ak cari duit sendiri untuk special sem ni. Dah la duit sewa rmh xbyr lagi ni. Tu la antara sebab ak kena keje part-time. Hampeh tul.

Monday, April 20, 2009

Tingginya Gaji CEO TNB




















Kadang-kala aku terpikir, mengapa dunia ini tidak adil. Mungkin korang juga penah terpikir. Ok macam ni, ramai orang kaya yang kaya dengan sesuatu dari alam semulajadi. Ini bermakna, dia boleh kaya sampai tahap melampau dengan apa yang Allah kurniakan untuk kemudahan umatNya bersama. Mereka kaya melalui gula, minyak & macam-macam lagi khazanah tersedia. Ya, minyak yang 100% sedia ada hasil kekuasaan Allah SWT.

Kita tak perlu pergi jauh.Lihat sahaja di Malaysia. Tak perlu untuk aku pertikaikan berapakah gaji Perdana Menteri Malaysia. Kita lihat sahaja satu contoh, CEO TNB, Datuk Seri Che Khalid Mohamad Nor. Berapa gaji dia?? Pendapatan tahunan lebih RM1,000,000.00 (satu juta ringgit) dengan mengusahakan elektrik di bumi Malaysia. Jesteru, kalau anda semua nk kira pendapatan sebulan, kiralah sendiri. Gambar di bawah cukup membuktikan. Kalau malas nak difikirkan, marilah sama-sama kita menganggap, itu memang rezeki diorang. Patutlah yuran UNITEN makin lama makin tinggi. Pening palo kawe..

Sunday, April 19, 2009

Kita Sebenarnya Lebih..............

Tak tahu masalah apa, tiba-tiba rasa nk tulis benda ni.. dunia sekarang semakin maju.. jadi fikirkanlah, kita orang Melayu, beragama islam..

-Kita sebenarnya… Lebih gembira menyambut 1hb Januari daripada 1 Muharram.
-Kita sebenarnya… Lebih tahu apa itu 14hb Februari daripada 12 Rabiulawal.
-Kita sebenarnya… Lebih membesarkan hari Sabtu, Ahad daripada hari Jumaat.

-Kita sebenarnya… Lebih Khusyuk mendengar lagu daripada mendengar Azan.
-Kita sebenarnya… Lebih suka lepak, tidur, tengok TV daripada Sembahyang.
-Kita sebenarnya… Lebih tahu tentang artis pujaan kita daripada nama nabi-nabi kita.

-Kita sebenarnya… Lebih suka menyebut Hello! Hai! daripada Assalamualaikum.

-Kita sebenarnya… Lebih suka menyanyi daripada berwirid, bertahmid.

-Kita sebenarnya… Lebih suka memuji manusia daripada Tuhan (Allah) kita sendiri.

-Kita sebenarnya… Lebih suka membaca majalah hiburan daripada buku-buku agama.

-Kita sebenarnya… Lebih suka pergi konsert, karaoke daripada ceramah agama.

-Kita sebenarnya… Lebih suka mengumpat orang daripada mengingati kebaikan orang.

-Kita sebenarnya… Lebih suka mencarut apabila melatah daripada menyebut nama Allah.

-Kita sebenarnya… Lebih suka kemungkaran daripada berbuat kebaikkan.

-Kita sebenarnya… Lebih bangga dgn kejahilan daripada bersyukur dengan keimanan.

-Kita sebenarnya… Lebih suka bersekongkol dengan pemeritah yang melakukan kezaliman daripada pemerintah yang baik.

-Kita sebenarnya… Lebih cintakan Duniawi daripada urusan Akhirat.

Sunday, April 12, 2009

KANTOI

Sekian lama tidak menulis blog, jadi miggu ni ak rasa mcm nk update blog plak.. Klau citer pasal movie2 mmg korang sume pakar la.. ckp je citer apa, bkn stkt boleh ingt sinopsis citer tu, malah siap bole tiru gaya pelakon lagi.. ak tau la korang ni, kalau tgk movie mmg no.1.. pantang dengar movie baru nk keluar kat panggung, confirm dah pikir bila mase yg paling sesuai nk p tgk.. lebih2 lagi bagi yang couple, huh tiap2 mggu kluar p panggung, padahal citer yg ditayang xbest pun..haha.. xp korang sebenarnya xprasan yg korng asyik ditipu atau lebih tepat diilusikan.. haha.. mmg korang xperasan pun sebab sangt khusyuk tgk movie tu.. ak pun mcm korang la jgk.. Jesteru, ak sertakan antara gambar2 yang korang xprasan..















































Thursday, April 02, 2009

Terperangkap Di Dalam Gua

Pada zaman dulu, 3 orang pemuda dalam satu perjalanan berehat di dalam sebuah gua untuk berteduh dari hujan lebat. Tiba-tiba pintu gua tertutup oleh satu batu yang besar. Mereka cuba menolak batu itu tetapi tidak berjaya.

Mereka berusaha pelbagai cara untuk keluar tapi kesemuanya gagal. Akhirnya tiada jalan lain kecuali bermohon dan mengadu kepada Allah. Mereka tahu hanya Allah yang dapat melepaskan mereka. Keputusan diambil supaya tiap-tiap orang mengadu atau bertawassul dengan amal kebajikan yang mereka buat.

Pemuda pertama berdoa: "Ya Allah, saya pernah berbuat amal soleh terhadap kedua ibubapa saya. Suatu hari saya balik dari kerja dan berasa tersangat lapar. Saya sangka ibu saya sudah masak nasi tapi rupanya belum kerana kehabisan beras. Saya terus keluar untuk beli beras. Apabila pulang, saya lihat ibu saya tertidur. Saya tidak berani mengejutkannya walaupun saya tersangat lapar sehinggalah dia tersedar sendiri. Ya Allah, jika ini merupakan amal kebajikan yang ikhlas terhadap ibuku dan mendapat keredhaanMu, tolonglah kami untuk keluar dari sini."

Tiba-tiba pintu itu terbuka sedikit dengan kurnia Allah, namun mereka masih belum boleh keluar.

Giliran pemuda kedua berdoa: "Ya Allah, saya juga mempunyai amal soleh. Saya mempunyai gedung perusahaan dan mempunyai ramai pekerja. Setiap pekerja dibayar gaji tepat pada waktunya. Pada satu ketika seorang pekerja tidak datang mengambil gaji bulanannya sehingga beberapa bulan. Wang gajinya saya gunakan untuk membeli barang-barang perniagaan sehingga saya untung 10 kali ganda wang asalnya. Beberapa bulan kemudian, pekerja itu datang kembali lalu saya serahkan kesemua hartanya termasuk keuntungan yang saya niagakan. Ya Allah, sekiranya ini merupakan amal yang mendapat keredhaanMu, tolonglah kami dalam kesusahan ini!"

Sebaik saja habis merayu, tiba-tiba pintu itu bergerak sedikit tetapi masih belum boleh keluar.

Akhirnya sampai giliran pemuda ketiga: "Ya Allah, aku sebenarnya tidak mempunyai suatu amalan yang dianggap penting. Sepanjang ingatanku, hanya sekali aku berbuat baik kerana malu kepada Engkau ya Allah. Aku ditugaskan membahagi-bahagikan makanan kepada orang-orang miskin. Semasa bekerja aku terlihat seorang gadis cantik yang juga meminta bahagiannya. Setelah semua orang pulang, aku pun memanggil gadis itu dan menyatakan niat jahatku kepadanya. Gadis itu menangis seraya berkata dia rela mati kelaparan daripada melakukan dosa perbuatan terkutuk itu. Aku menjadi serba salah dan datang penyesalan yang tidak terhingga. Aku malu dan insaf atas kesalahanku. Ya Allah, sekiranya penyesalan dan taubat ini Kau terima, tolonglah kami dari kesusahan ini."

Tiba-tiba pintu gua itu terbuka luas dan mereka pun keluar dengan selamat.

Moral & Iktibar
1)Allah memberikan bantuan kepada mereka yang benar-benar berdoa dengan penuh keikhlasan kepadaNya.
2)Dalam kesempitan, kita dibolehkan bertawassul dengan amal kebajikan yang kita lakukan.
3)Bertawassul juga merupakan salah satu ciri dalam Ahlus Sunnah Wal Jamaah
4)Dalam melaksanakan sesuatu pekerjaan eloklah bermuafakat terlebih dahulu sebab muafakat itu membawa berkat
5)Berbakti kepada ibubapa adalah satu amalan soleh
6)Berlaku jujur dalam perniagaan juga amalan soleh
7)Mengelak dari melakukan perzinaan adalah amalan soleh

EXAM

uniten salah satu dari universiti pelik yg penah ak jumpa. dah la cti sem pun lain dari cti ipt yg ada di malaysia. gap untuk paper final exam pun dekat2 je.. jadi ak nk citer pasal exam ni. sem ni ak hidup memang sempoi.. habis kelas je ak biasa p lepak kat amanah, kat rumah seth, ayet, daus dan nik faiz.. kadang2 sampai tertido kat rumah diorang.. hahaha.. biasala tu, letih kan.. ak rasa daus pun mcm ak "hidup biar rilek".. ak p rmh diorang mesti tgk daus tgh tido.. jadi, daus menjadi pemangkin kepada ak untuk tido di rumahnya.. apelah nasib.. ayet n nik faiz mmg star la.. mesti xde kt dalam bilik sebab p stdy.. ak pun taktau diorang ni p stdy kt mana. yang ak tau, ayet mengalami masalah penyakit misteri.. lepas last paper final tu, penyakit dia terus je muncul.. muncul dgn tiba2.. tapi dia buat selamba je..ak sorang je tau penykit tu..ak pun xtau penyakit apa tu..

Hari berganti hari, maka sampai saja stdy week.. mmg time yang paling sibuk skli dalam hidup ak.. kena antar report projek emd, projek emf, project numec, assigment islamic.. disamping itu juga kena present emd, emf dan numec.. mmg busy.. nk siapkan design project numec kena p rumah sewa azwan alwee plak.. dengan berkat dari setiap ahli, kumpulan kami berjaya mendapat tempat ke-2.. BEST DESINGN PROJECT.. tapi hampeh, video presentation mmg celaka la.. kalau nk tgk blh melayari laman web ni.. KLIK SINI... berbaloi la dgn xtido siang malam bt project tu.. haha..project2 yg lain sume hampeh.. tambah2 lagi EMF..

stdy week mmg ak xstdy pun.. mmg sume member rumah sewa ak xstdy, haha.. tapi ada la star sorang dlm rmh sewa kami, xstdy pun confirm dapat dean list tiap2 sem.. ak pun heran.. dia pakai ilmu apa pun ak xtau.. sem ni mmg busy sbb siapkan project.. ak tau mmg budak2 amik EE n EP mmg truk giler sem ni.. jadi mggu exam pun tiba.. berbekalkan ilmu yang serba kekurangan ni, ak hanya tawwakkal je la.. first paper, paper MASB.. senang je.. tapi yang ak heran, Syafiq Saleem mmg cekap btl dalam MASB ni.. mase peruntukan utk jawab dalam 3jam.. mamat ni jawab kejap je dalam 1 jam 30 minit je.. huh, mmg power.. nk bt macam mana, malam tu dia buat assigmnet numec sampai pagi.. xtido pun.. esok ptt la kluar awal dari dewan exam tu, rupenya dah tumbang dalam dewan exam.. kahkahkah.. paper2 yang lain ok la.. yang ak mmg marah, paper EMD n EMF dalam satu hari.. pagi emd, ptg plak emf.. truk2.. mlm sblm exam tu mmg stdy giler2 ar.. kat ruang tamu rmh sewa kitaorng mmg berselerak dgn buku2 n kertas2.. Epul LC, Luqman Lagenda convert, Wajir TZM n Alip Savvy mmg bersemangat tul.. Klau rase boring stdy tu men bola sepak kjp dalam rmh tu.. Dash plak hilang entah ke mana.. Bulu p ke library mlm tu.. pagi esoknya paper emd, huh blh tahan jgk solan tu.. yg ak xleh bla, mase jawab final paper emf.. huh, mmg lega la.. mase utk jawab pun 3 jam.. ak rilek je dalam dewam MPH tu.. bukan rilex sebab solan nk jawab tu senang sangat, rilex sebab xtau nk jwb.. haha.. lepas menggeliat, mengelamun, selama sejam setgh, ak p tandas.. lps masuk dewam MPH tu, Syafiq saleem dah kuar dewan.. hahaha.. mmg power.. ak xtau dia blh jwb ke x.. hahaha.. ok sekian..

Saturday, March 07, 2009

10 Orang Yang Zalim dan Kejam

Haa, mcm ni citernya.. masa ak tgh cari bahan2 maklumat untuk projek Warga dalam internet tu, ak jumpa la petikan : 10 Orang Yang Zalim dan Kejam.. Jadi ak nak kongsi dgn kawan2 sume, sbb benda yang baik perlu dikongsi bersama. jadi bacalah kawan2.

Sufyan Atsauri berkata ,"Sepuluh macam daripada kekejaman ialah :

1. Seseorang yang berdoa untuk dirinya sendiri ,dan tidak mendoakan untuk anak-anaknya dan kaum mukmin.
2. Seseorang yang pandai membaca Al-Quran,tetapi setiap hari tidak membaca seratus ayat Al-Quran(secara bertertib)
3. Seseorang yang masuk masjid lalu keluar tanpa sembahyang dua rakaat di dalamnya.
4. Seseorang yang berjalan melalui kuburan kemudian tidak memberi salam dan mendoakan ahli kubur.
5. Seseorang yang sampai di di sesuatu kota pada hari Jumaat kemudian tidak turut serta sembahyang berjemaah.
6. Seseorang yang daerahnya didatangi oleh seorang alim , tiba-tiba tidak mahu belajar apa-apa daripadanya.
7. Dua orang yang bertemu di perjalanan dan masing-masing tidak menanyakan nama kawannya itu.
8. Seseorang yang diundang ke jamuan atau majlis tetapi tiba-tiba tidak menghadirinya.
9. Pemuda yang tidak mempunyai apa-apa kerja tetapi tidak mahu belajar ilmu dan kesopanan.
10. Seseorang yang kenyang sedang dia tahu bahawa tetangganya lapar, tetapi tidak diberi daripada makanannya itu.


Wednesday, February 25, 2009

TRIP TO P.DICKSON

Setelah sekian lama mncuba nsb dgn menaip pasword yg ak lupe, maka hari ni nasib ak berubah apabila berjaya mensign in blog ni.. hahahaha.. yg sbnrnya ak lupe pasword blog ni, tu yg ak xleh update.. skg, dh blh update la gamaknya.. Tgk tajuk atas dah nmpak mcm best.. Pertama skali, ak nk trima ksh kpd ahli2 wwsn yg sanggup bt aktiviti ni. Bagus.. Trima ksh semua!! ni ak nk citer pasal trip ni, mula2 ak rase mls nk p jgk program ni, sbb assigment dah la belambak mggu tu, xp demi sahabt2 dalm wwsn yg mengajak xputus2, ak pun p la. Huh mmg best giler, sesape yg xp tu mmg rugi la.. hahahaha..satu penyesalan yg amat sangt.. Ak mmg xpenah dengar abg togey berckp, xp hari tu ak beruntung sbb ramai alumni2 yg bersuara.. byk aktiviti yg kitaorang mean.. jom kita tgk gambar ini..













Ni gambar mase berhenti rehat kat hentian seremban.. muke mijie dah ok, xp makan coki-coki plak.. azan, ak xtau ko tgh watpe tu..















ak pun xtahu ape yg ak buat tu.. hahaha kumpulan GAMAT. Ak xtau e`in tgh watpe, smgt tul..



huh, sampai bengkok belakang Seth..

















inilah gaya seorang pejuang makanan yang sedang dalam kelaparan.


















yang ni plak tgh bersantai.. Orang srh basahkan span la.. haha


















apelah yg kamu tgh buat tu, setelah sekian lama tidak berjumpa, maka ketemu jgk kite berdua.. hish2..

















alumni yg byk pengalaman, tgk tu, siap menari lg..



















ni plak mcm raksasa Gorgon..





























haaaaa, yg ni xde bola pingpong..ooooo, ptt asyik menang je team ni.. tgk belakang tu, mijie tgh pegang bola pingpong, tapi lambat jgk sampai, siap kena potong dgn izwah lg.. hahaha



ak xtau diorang tgh berjoget pasal apa tu.. xpi yg ni mmg lawak..


















inilah dia Mat Komando yg terlepas dulu.. Skg dah jumpa kat PD, siap senyum lagi Mat Komando ni..
















Keseronokan Meon tiada batasnya.. Lompat tinggi giler, kalah bob jr.. Sebenarnya ingin menunjukkan kehebatan didepan awek2 yg sedang mandi-manda.



















sebelum balik uniten, mkan aiskrim dulu..



















yeah, KAMI!! Wreckunit Wawasan

Sunday, February 01, 2009

CARA MANDI WAJIB DGN BETUL

Haa.. ni ak nk citer pasal cara2 mandi wajib dgn betul. Ak tau la budak2 zaman skg ni nk mandi wajib pun ada lg yg xtau..


Mandi wajib mrupakan perkataan yg mudah disebut,ttp jgn tkejut jika dikatakan byk umat Islam di tanah air kita yg tidak sah mandi wajibnya kerana tidak melakukannya dengan betul. Untuk melakukan mandi wajib yg betul,sesorg itu tidak boleh melakukannya dengan hanya mandi secara berdiri atau duduk mencangkung shj. Sebaliknya, ia mesti dilakukan dlm kedua2 keadaan bg mbolehkan ssorg itu meratakan air keseluruh anggota badannya yg zahir. Penolong Pengarah Bahgian Dakwah, Jabatan Kemajuan Islam (JAKIM), Uztaz Hj MAt Jais Kamos, 49, menegaskan, bagaimanapun, berdasarkan pengalamannya sebagai bekas kadi di pejabat agama islam gombak timur dan penceramah, didapati byk umat islam yg tidak mengetahui perkara ini. "Akibatnya, mandi wajibnya menjadi tidak sah kerana tidak memenuhi salah satu rukun mandi wajib iaitu meratakan air keseluruhan anggota badan yg zahir. Apabila mandi wajib tidak sah, ibadat yg dilakukan oleh ssorg itu juga turut tidak sah. Itulah akibatny jika tidak melakukan mandi wajib dengan betul," tegas beliau ketika ditemui di rumahnya di taman sri keramat kuala Lumpur.


Mandi wajib yg juga sebagai mandi junub atau janabah tidak boleh dipandang ringan oleh umat islam. Setiap org yg mlakukannya mestilah mengetahui dan memenuhi rukun2nya. Jika tidak mandi wajib ssorg itu tidak akan sah. Rukun mandi wajib ada 3. Pertama, niat. Kedua, menghilangkan najis di badan. Ketiga,meratakan air keseluruh anggota badan yg zahir. "Niat mandi wajib: "Shj aku mengangkat hasar besar kerana Allah Taala." Atau " Shj aku mandi wajib kerana Allah Taala." Niat itu di dlm hati dan ia hendaklah disertakan ketika air sampai kemana2 bhgn anggota badan. "Bagi ppuan yg habis haid, niat mandi wajib ialah: " Shj aku menggangkat hadas haid kerana Allah Taala." Manakala bagi ppuan yg habis nifas, niat mandi wajibnya ialah: " Shj aku mengangkat hadas nifas kerana Allah Taala".

Niat itu jika dilambatkan atau ketika ssorg itu memulakannya slps dia tlh mbasuh salah 1 anggota badannya akan menjadikan mandi wajibny tidak sah. Oleh itu dia mestilah mmulakan kembali niatnya ketika dia mula menyampaikan air keseluruh anggota badannya. Sekiranya dia berniat sebelum air sampai ke badan, niat itu juga tidak sah. Oleh itu mandi wajibnya tidak sah." Jelasnya lagi, mengenai rukun mandi wajib yg ke2, iaitu menghilangkan najis yg ada pd badan, menurut uztaz hj mat jais, menurut imam nawawi, jika kita ada najis dibadan, najis itu blh dibasuh serentak dgn mandi wajib. Ertiny mbasuh najis dgn mandi itu boleh disekalikan. "Sementara rukun mandi wajib yg ke3, iaitu meratakan air keseluruh anggota badan yg zahir, meliputi kulit, rambut dan bulu yg ada di badan, sama ada bulu2 yg jarang atau lebat. "jika rambut ssorg itu ditocang atau disanggul,sekirany tak sampai air ke dalamny, tocang atau sanggul itu wajib la dibuka. Bulu2 dlm lubang hidung pula, tidak wajib dibasuh kerana dianggap batin. Ttp sekiranya, bulu2 di dlm hidung itu bernajis,ia wajibla dibasuh. "Mengenai kuku pula, jika di dlm kuku ada kotoran yg blh mhalang sampai air ke badan khususny di bhgn bwh kuku, kotoran itu wajiblah dibuang. Mbuang kotoran di dlm kuku itu pula boleh dilakukan ketika sedang mandi. "Tentang rambut yg diwarnakan pula selain inai, ini lah yg merumitnya. Sbnrny jika rambut ssorg itu diwarnakan dgn pewarna slain inai,mandi wajib ssorg itu tidak sah. "Oleh itu, ssorg yg mwarnakan rambutnya dgn pewarna slain inai, jika dia hendak mandi wajib, dia mestilah mbuang pewarna pd rambutnya tlebih dahulu. Tp untuk mbuang pewarna itu pula bagaimana?..ini lah yg rumitnya. Sedangkan pwarna pd rambut itu sbnrny tidak blh dibuang begitu mudah. "Yang menyebabkan mandi wajib org yg menggunakan pwrna pd rambutny tidak sah kerana pwarna itu akan menyalut rambutnya yg menghalang air sampai ke rambut. Ini bbeza dgn inai. Inai sbnrnya akan meresap ke rambut, ttp pwarna pula akan menyalut rambut menyebabkan air thalang ke rambut."


Mengenai sbb2 ssorg itu wajib mandi wajib pula, uztz hj mat jais menegaskan, ssb2 nya tdiri drp 6 sbb. 3 sbb mlibatkan lelaki dan ppuan iaitu kerana bersetubuh wpun tidak kuar air mani, keluar air mani dan mati. Manakala 3 sbb lagi hny mlibatkan kaum ppuan shj,iaitu keluar darah haid, nifas dan mlahirkan anak(wiladah). "Mandi wajib boleh dilakukan dimana2 dgn menggunakan air mutlak sama ada air telaga, air paip, sungai laut dan tasik.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...